RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Guru : Armah Jappar
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh /
Hari : 23
April 2013/ Selasa
Masa : 3.55 petang – 4.25 Petang ( 30 minit)
Kelas : Kelas Pemulihan Khas Tahun 2 Bestari
Kehadiran Murid : 9/9
Tajuk : Kata nama am
Subtopik : Menulis
perkataan berdasarkan gambar
Kemahiran 11 : Perkataan KV + KVK
Objektif
Pembelajaran : Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat;
ii.
Mengeja perkataan
dengan menggunakan suku kata yang betul
iii.
Menulis perkataan
berdasarkan gambar dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah belajar dan dapat mengeja suku kata kv dan kvk.
Alat Bantu
Mengajar : Gambar,Kad perkataan /
kad suku kata,magnet,komputer, LCD
dan
lembaran kerja.
Pendekatan / Strategi : Berpusatkan murid dan bahan, guru dan murid.
Kaedah : Latih-tubi,Penyoalan
Nilai-nilai : Keberanian, keyakinan, kerjasama dan
menepati masa
KBKK : Mengecam, kenal pasti , menghubungkait.
Rancangan Pengajaran Harian
Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah
/ Masa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Strategi /
Kaedah/ABM/
NIlai/KBKK
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set Induksi
( 3 minit)
|
Pengenalan
Kata nama am
|
1.Guru menunjukkan suatu objek (model sebuah
rumah) yang ditutup dengan kain.Kemudian guru meminta murid menekanya.
2. Guru
menampalkan beberapa kad huruf di papan tulis,dan meminta murid menyusun
huruf-huruf tersebut menjadi perkataan bermakna (rumah).
3.Guru membuka kain penutup pada model
tersebut dan meminta mereka menama dan
mengeja perkataannya.
|
1. Murid
melihat dan memerhati objek tersebut dan mula meneka.
2. Salah seorang daripada murid akan tampil
kehadapan untuk menyusun perkataan tersebut.
3.Murid menamakan objek dan mengeja perkataannya
dengan menggunakan suku kata secara lisan.
|
Strategi:
Berpusatkan
guru & pelajar.
Kaedah:
Penyoalan,
Perbincangan.
ABM:
Model rumah,
kad huruf,magnet.
Nilai:
Keberanian,
Keyakinan.
KBKK:
Menjana idea,
Mengenal pasti.
|
Langkah
1
( 5 minit)
|
Gambar-gambar yang menunjukkan
kata nama
‘am’ yang
mengandungi perkataan KV KVK.
Contoh: katil
pokok,siput,
kasut,katak dan
|
1.Guru menunjukkan beberapa gambar kata nama ‘am’.
2.Guru meminta murid menyebut /menamakan setiap
gambar tersebut.
|
1. Murid memerhatikan gambar yang ditunjukkan.
2.Murid menyebut dan menamakan gambar yang ditunjukkan.
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar, Pelajar dan bahan.
Kaedah:
Penyoalan,
Perbincangan.
ABM:
Gambar
Nilai:
Keberanian,
Keyakinan.
KBKK:
Menghubung-kait.
|
Langkah
2
( 6 minit)
|
|
1.Guru menunjukkan beberapa perkataan berdasarkan
gambar yang ditunjukkan tadi dan meminta murid mengejanya secara latih-tubi.
2.Guru meminta murid mengeja semula perkataan yang
disebut oleh guru tanpa merujuk carta /perkataan .
|
1.Murid mengeja perkataan tersebut dengan
menggunakan suku kata yang betul.
2.Murid mengeja perkataan tersebut dengan suku
kata.
|
Strategi:
Berpusat murid dan bahan.
Kaedah:
Latih-tubi
ABM:
Gambar,Kad
perkataan, kad suku
KBKK:
menghubung-
kait
|
Langkah
3
( 7 minit)
|
|
1.Guru meletakkan beberapa keping kad suku kata di
atas meja.Kemudian meminta beberapa orang murid datang untuk membina perkataan
bemakna berdasarkan kad suku kata
Tersebut.
2. Guru meminta murid membaca semula perkataan
yang dibina/disenaraikan oleh murid.
|
1. Murid yang disebut/dengan rela hati datang kehadapan dan mula mencari /membina perkataan tersebut dan
menampalkannya diatas papan tulis.
2.Murid membaca semula perkataan tersebut.
|
Strategi:
Berpusatkan murid.
Kaedah:
Hafalan, Ingatan
NIlai:
Keberanian
ABM:
kad suku
kata/ perkataan/magnet/Pita pelekat.
KBKK:
Menghubung-
kait.
|
Langkah
4
(12 minit)
|
Pengukuhan.
|
1.Guru mengedarkan lembaran aktiviti kerja kepada
semua murid.
2. Guru memberi penarangan mengenai
aktiviti tersebut di samping memberi bimbingan kepada murid yang lemah
/ lambat.
|
1.Murid mula membuat latihan kerja iaitu menulis perkataan berdasarkan
gambar yang diberi.
|
Strategi:
Berpusatkan murid.
ABM:
Lembaran aktiviti kerja murid,pensel
|
Penutup
(2 minit)
|
|
1.Guru meminta murid mengeja semula perkataan berdasarkan perkataan yang disebut oleh
guru.
|
1. Murid mendengar dan mengeja perkataan yang disebut dengan menggunakan
suku kata.
|
|
Refleksi
|
Refleksi ini dibuat
berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 23
April 2013 bersamaan hari Selasa.
Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas pemulihan khas Tahun 2 Bestari
seramai 9 orang. Murid-murid Tahun 2 Bestari adalah kelas yang boleh
dikatakan dalam kategori lemah berbahasa. Berlatarbelakang dari kawasan
penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan berdekatan, murid-murid
kelas pemulihan di sekolah ini kebanyakannya adalah dari kalangan keluarga
yang susah dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakan
murid-murid kelas pemulihan di sekolah ini dalam tahap lemah dari segi
penguasaan pembelajaran linguistik mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah Perkataan KV + KVK yang mana
ianya termasuk dalam tajuk Kata Nama Am. Tiga objektif pelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran kali ini iaitu menyebut nama benda dengan
perkataan KV + KVK betul, mengeja perkataan dengan menggunakan suku kata yang
betul serta menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.
Set
Induksi
Ssaya mulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran KV + KVK ini dengan menjana idea murid tentang
gambar dengan menggunakan kad-kad gambar. Gambar-gambar tersebut terdiri
daripada gambar yang mempunyai kata nama am iaitu katil, pokok, siput. kasut
dan katak. Saya dapati murid-murid berasa seronok dan telah memberi penumpuan
serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama menyebut dan
menamakan objek yang saya tunjukkan. Gambar objek terang dan jelas yang saya
gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk
mengaitkan dapatan idea murid dengan suku kata KV + KVK yang akan saya
sampaikan dalam pengajaran saya. Teknik penyoalan dengan soalan yang pendek
beserta contoh saya gunakan. Aktiviti
1
Saya telah
menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi
pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan
penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama mengeja
suku kata yang terdapat pada gambar yang saya tunjukkan tadi (sesi Set
Induksi). Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas
dan lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah,
lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah kepada yang
lebih konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,
bercerita, bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Sebenarnya
pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses
rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah
merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal komputer
dalam bentuk microsoft PowerPoint semasa penyampaian pengajaran saya. Malangnya saya berpendapat pengajaran yang
diadakan di makmal computer akan menyebabkan aktiviti pemulihan murid
terganggu kerana suasana yang kurang kondusif bagi mereka. Keadaan ini menyebabkan saya mengubah
perancangan kepada pendekatan penerangan menggunakan cara tradisional iaitu
menggunakan papan putih, kad suku kata, magnet dan computer kegunaan guru
sebagai bahan bantu mengajar (BBM).
Saya dapati murid-murid dalam kelas
pemulihan ini dapat mengeja secara latih-tubi dengan baik sekali. Murid-murid
memberi respon sederahana dengan mengeja KV kemudian KVK dengan yakin. Walau pun
saya dapati ada dua orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa
sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa. Saya
atasi masalah ini dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi
perhatian.
Keadaan pembelajaran yang kurang
kondusif ini saya dapati adalah berpunca daripada keadaan kelas yang kurang
bersih, kusam. Inilah masalah bagi sekolah yang mempunyai dua sidang. Namun
masalah ini hanyalah terpencil. Focus saya terhadap pencapaian objektif topic
hari ini tidak terganggu dengan situasi ini.
Aktiviti
3
Bagi Aktiviti 3 pula,
kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana
murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas
tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran
yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang
kurang cerdas. Rancangan saya adalah melalui cara ini, bakat kepimpinan
murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti
semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat
dipupuk dalam kumpulan jenis ini.
Semasa aktiviti ini berlangsung, murid
dapat membina beberapa buah perkataan berdasarkan kad perkataan yang saya
sediakan di atas meja. Setelah mereka selesai membina perkataan yang diberi
dalam kumpulan masing-masing, murid juga mampu mengeja semula perkataan yang
dibina dengan jayanya. Dari teknik
ejaan yang dipamerkan, saya dapati mereka faham dan tahu untuk mengeja suku
kata yang diberi dalam perkataan. Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan
dalam penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada murid yang keliru dalam
penyalinan semula soalan di ruangan lekat pada papan putih yang
sepatutnya. Namun ini dapat disedari
sendiri oleh murid kekeliruan yang
telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan.
Aktiviti
4
Aktiviti pengukuhan
ini saya lakukan sebagai strageti pengukuhan. Lisan positif saya lakukan
dengan mengajak murid mengeja dan menyebut semula perkataan yang telah
dipelajari. Kemudian penggunaan jawapan saya sediakan beberapa contoh ejaan
yang betul terutama untuk suku kata KVK memandangkan ia lebih sukar
berbanding KV sahaja. Bimbingan beserta sentuhan turut saya lakukan kepada
murid perempuan sahaja. Gerak isyarat negative saya tunjukkan sebagai strategi
pengukuhan kepada murid yang memberi jawapan yang kurang tepat. Saya turut
mengadakan aktiviti kawalan kelas memandangkan terdapat tiga orang murid yang
dapat menyiapkan lembaran kerja lebih awal, membuat bising dan mengganggu
rakan sekelas yang lain.
Penutup
Dengan kawalan kelas
yang masih baik, saya menutup sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini
dengan meminta murid mengeja semula perkataan KV + KVK yang saya sebut. Murid dapat mengeja
dengan tepat dan berkeyakinan tinggi. Nampaknya topic pemulihan khas hari ini
mencapai ketiga-tiga objektif yang saya sasarkan.
Kekuatan
Kekuatan pengajaran
dan pembelajaran saya dapat diterjemahkan kepada kepelbagaian teknik dan
pendekatan pengajaran yang saya jalankan. Murid juga diasah bakat
kepimpinannya dengan menjalankan aktiviti ejaaan secara berkumpulan pada
Aktiviti 3. Kawalan murid juga cemerlang memandangkan murid dapat focus
sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Masa pengajaran juga dipatuhi dengan
baik, memandangkan rancangan pengajaran ini telah disediakan dengan
perancangan yang baik dan strategi yang ringkas tetapi boleh dikuasai oleh
murid.
Namun begitu, melalui
penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati
murid-murid dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua soalan yang
diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja
latihan bertulis secara individu yang telah diberi. Setelah saya semak hasil kerja mereka saya
dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari lima soalan yang diberi. Latihan
secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah
bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak.
Kelemahan
Kelemahan yang
terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan
bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan
kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan. Bilangan soalan untuk kerja kumpulan
sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara
kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang
dibuat hanya untuk tiga puluh minit.
Tulisan kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang ditaip
supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
Suasana kelas kedengaran sedikit bising
kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang
kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi
tumpuan mereka pada pembelajaran.
Peluang
Di sini saya boleh
rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan
murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid
akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai
akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa
merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan
terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara
berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan
isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan
lebih jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek,
emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk
menjelaskan pengajarannya.
Jika saya berpeluang untuk mengajar
topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang sama, saya akan gunakan
pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma semasa penerangan saya akan gunakan
kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas penggunaan
ruang semasa penyelesaian soalan tolak dalam bentuk lazim. Sememangnya penggunaan komputer dan
multimedia penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk
pebagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginatif, kreatif, emosi,
pemikiran logik dan kritikal. Penggunaan computer dan multimedia dalam
pengajaran dengan memilih perisian yang sesuai dengan pembelajaran adalah
penting supaya kecerdasan atau IQ para pelajar dapat dikukuhkan lagi.
|
Rancangan pengajaran yang boleh dijadikan panduan.Tahniah...
BalasPadammesti murid seronok ni belajar pemulihan. tahniah
BalasPadamMurid-murid ini perlu perhatian dan tunjukajar yang istimewa.Tahniah cikgu.
BalasPadamrph yg menarik. syabas cikgu....
BalasPadamtq atas perkongsian ini ...sgt bagus
BalasPadam